Friday, October 29, 2010

Awang

Tanggal 15 Februari 2007
Pada tarikh ini kejadian yang tak disangka telah terjadi...
Sekumpulan lembu telah mati di panah petir...
5 orang pemegang share pojek lembu Fidlot Felda Gunung Bongsu telah mengalami kerugian yang besar...
Salah seorang pemegang share tu adalah abah aku sendiri...
Nak buat macam mana benda dah terjadi...
Ingat lagi aku masa tu...
Pagi-pagi lagi ada orang mai rumah dan bagitau yang ada lembu kena panah kilat...
Abah aku pon apa lagi, terus pi tengok la...
Rupa-rupa lembu yang depa jugak...
Malas la nak cerita panjang-panjang pasai lembu yang kena panah kilat ni...
Apa yang aku nak cerita ni ada jugak kaitan dengan lembu yang kena panah kilat ni...
Dalam banyak-banyak lembu yang kena panah kilat tu ada seekor ibu lembu yang baru meahirkan anak...
Nak dijadikan cerita, ibu lembu tu mati kena panah kilat tapi anak dia tak mati la pulak...
Kesian betol kat anak lembu tu...
Harapan nak tengok anak lembu tu terus hidup memang tinggi...
Abah aku apa lagi, bawak balik rumah la...
Anak lembu ni diberi nama Awang sebab anak lembu ni jantan...
Tiap-tiap hari Awang diberi minum susu menggunakan botol susu baby...
Best ja tengok dia minum susu...
Disebabkan Awang tidak minum susu ibunya sendiri, dia terbantut sebab tak dapat zat yang secukupnya...
Tengok bentuk badan Awang sekarang ni macam baru setahun ja...
Padahal umur Awang dah mencecah  tahun lebih...
Dah boleh nak buat Qurban pon...
Kalau aku balik kampung mesti kena pi tambat lembu bagi makan rumput...
Best jugak sebab dok kat bandar mana ada lembu macam kat kampung...
Dulu Awang ada teman (lembu betina) yang di beri nama Mek...


Tunggukan versi Mek pulak...









Thursday, October 28, 2010

Rukun Islam Ke-5?

Jawapanya ialah mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan dari segi kesihatan serta kewangan...
So, kepada sapa-sapa yang dah cukup syarat tu pi la daftar nama kat tabung haji cepat-cepat...
Aku dok cerita pasai Haji ni sebab tadi aku pi teman kawan aku (Khairani) jumpa ayah dengan mak dia kat Komplek Tabung Haji Kelana Jaya...
Balik dari kerja tadi terus pi Kelana Jaya...
Ramai betul orang kat sana tadi...
Lama juga la dok kat sana...
Ada kot dalam 5 jam lebih...
29.10.2010 , dalam pukul 5 pagi lebih ayah dengan mak khai akan bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu Haji...
Semoga selamat pergi dan pulang...
Amin







Monday, October 25, 2010

Proficiency Test

Minggu ni tak perlu bangun awai macam minggu-minggu lepas...
Nak tau sebab apa?...
Mesti la sebab proficiency test punya pasai...
Kami dibenarkan ambik study leave...
Study leave ni bukan macam leave biasa...
Nama ja leave tapi kena pi jugak MAS...
Kelebihan dia cuma tak payah turun kerja kat Hangar la...
Just dok dalam study room dan study atau buat la apa-apa yang patut...(",)
Khamis ni TJT 105, TJT 106 & TJT 107 akan ambik proficiency test...
Ada lagi dua hari nak exam ni...
Prepare pon ala kadar ja...
Harap-harap soalan tak la susah sangat...
Apa-apa pon usaha dulu kemudian tawakkal...
Mudah-mudahan kami dapat jawab exam dengan tenang...
Amin...











Sunday, October 24, 2010

Majlis Bacaan Yassin

Tak sia-sia la aku aku balik kampung minggu ni...
Tujuaan sebenaq aku balik sebab nak pi melawat Fatihi yang eksiden hari tu...
Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik...
Semoga dia cepat sembuh seperti sedia kala... 
Amin...
Semalam 24hb Oktober 2010, bersamaan 16 Zulkaedah 1432 rumah aku ada buat majlis bacaan Yassin...
Orang-orang yang berdekatan ja yang mai...
Lepas baca Yassin ada la makan-makan sikit...
Jangan salah niat pi baca Yassin nak makan sudah la...(",)
Benda apa yang kita buat mesti niat LILLAHITA'LA...
Insyallah dapat ganjaran dari Allah...
Nak cerita bab makan pulak...
Selalunya ketupat orang buat waktu bila?..
Mestila bila hari raya kan...
Tapi semalam tak raya pon ada ketupat jugak...
Selain ketupat ada bihun sup, nasi himpit dan etc...
Aku pon tak makan banyak...
Al maklumlah tank tak besaq...(",)
Wassalam...













Sunday, October 17, 2010

Al-Fatihah

Khamis, 14 Oktober 2010
Sahabatku Fatihi ditimpa kemalangan jalan raya...
Rakanya Syamil Basri telah pergi menemui Ilahi...
al-Fatihah kita sedekahkan kepada arwah...
Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman...
Fatihi belum sedarkan diri...
Sama-samalah kita doakan akan kesihatan beliau...



Amin..

Thursday, October 14, 2010

Lawatan Sambil Bergembira

Tanggal 13hb Oktober 2010 sekumpulan pelajar sekolah rendah mai melawat Hangar...
Apa perasaan anda masa kecik-kecik dulu bila nampak kapal terbang atau helikopter terbang?...
Tak kira la kat mana pon...
Mesti anda akan berlari-lari nak tengok kan?...
Sama la macam aku kecik-kecik dulu...(",)
Budak-budak sekolah rendah yang mai melawat Hangar tempoh hari amat bertuah sebab dapat tengok kapal terbang dari dekat...
Bagus jugak cikgu yang buat lawatan sambil belajar kat Hangar ni...
Depa dapat mendedahkan kepada pelajar tentang Aviation ni...
Mungkin ada pelajar yang mai melawat Hangar tempoh hari memasang impian nak jadi pilot atau engineer...
Aku masa zaman sekolah dulu sikit pon tak penah pasang impian nak kerja dalam bidang Aviation ni...
Cuma masa kecik-kecik dulu aku minat  la jugak dengan helikopter, kapat terbang dan seangkatanya...
Apa-apa pon memang best la dapat kerja dalam bidang aviation ni...







Sunday, October 10, 2010

Shell Advance Malaysian Motocycle Grand Prix 2010

Alhamdulillah, tercapai jugak impian nak tengok MotoGP secara Live hari ni...Ramai betol manusia-manusia kat Sepang tadi...
Masa nak pi jalan jam, masa nak balik lagi teruk jam..
Berejam jugakla dok lam kereta tu...
Disebabkan ada superbike dok mencilok diantara kereta-kereta tak la bosan sangat sebab boleh tengok moto idaman aku...(",)
Walaupun beli tiket Hillstand saja tapi aku dengan member-member tetap berpuas hati...
Berbaloi-baloi jugak beli tiket RM10...
Tadi dapat collect sticker, towel dengan gelang getah yang mahal punye free ja...
Tadi member-member aku dok pi mengatal tankap gambaq dengan model-model yang boleh tahan seksi siot...
Aku segan nak tangkap gambaq macam tu...
Dapat cuci mata pon jadilah...(",)
Rasa nak beli superbike semakin tinggi beb...
Lau dah kerja 5 6 bulan nanti macam nak sambaq je Kawasaki ER-6F sebijik...
Apa-apa pon aku dengan member-member enjoy pi SIC petang tadi...
Tahniah buat Valentino Rossi sebab dapat no 1 dan tahniah juga kat Lorenzo sebab jadi Champion tahun ni...
Layannn zzz...



















Wednesday, October 6, 2010

Enjin 747-400

Enjin merupakan enjin mekanik yang menghasilkan suatu bentuk output dari input yang diberi...
Itulah maksud enjin...
Tapi la niaku bukan nak cerita pasai enjin motor atau kereta...
Ni pasai enjin kapal terbang 747-400...
Untuk pengetahuan hampa yang tak tau lagi tu, 747-400 atau disebut juga JUMBO mempunyai 4 enjin...
Untuk pesawat ni MAS menggunakan enjin jenis Prat&Whitney  PW4056..
Benda yang sebenar yang aku nak bagi tau adalah????
Hari ni aku kena kerja kat enjin ni la...(",)
Kerja yang aku, Bob dengan sorang lagi budak MIAT adalah blade lube...
Ini melibatkan keempat-empat enjin kapal terbang ni...
Kami diberi satu hari untuk siapkan task ni...
Kalau nak diikutkan dalam satu jam lebih dah boleh siap task ni...
Tapi kami saja melewat-lewatkan masa...
Barang-barang yang digunakan untuk melakukan task ni adalah sebatang kayu, wrap, G-n Plus Paste dan berus...
Caranya mudah saja, ambil kayu letak celah-celah blade pastu dengan menggunakan berus sapu G-n Plus Paste dekat ruang yang terbuka...
Aku la buat kerja paling senang dan tak memenatkan iaitu pegang berus...(",)








Ni ada sikit gambaq yang aku sempat snap...

Sunday, October 3, 2010

The Curve-Ara Damansara-Sunway Pyramid

Hari ni hari ahad...
Selalunya kalau hari ahad ni aku dok rumah ja...
Tapi hari ni awal-awal pagi dah keluar rumah...
Mula-mula pi The Curve...
Sampai terlebih awal, kononya nak tengok Mawi main takraw...
Tapi dia tak mai-mai pon...
Yang ada Abg Kassim Raja Lawak, Faizal Yusof dengan Mat Over ja...
Layan jela mamat-mamat ni...
Pukul 2.30 terus gerak pi Ara Damansara sebab nak pi makan free...
Kat Surau Sri Ara ada buat open house...
Disebabkan pi lewat, so tinggal baki-baki jela..
Aku makan mee bandung dengan air oren...
Kenyang perut jugak la seketika...
Lepas tu aku, Syahid dengan Syuk naik moto pi Sunway Pyramid pulak...
Lama jugak la dok merayau kat Sunway ni...
Dalam pukul 5 baru balik...
Hantaq Syahid baik rumah dia sat pastu aku pon balik rumah aku la...(",)








Saturday, October 2, 2010

Makan Free

Pagi tadi bagun ja tidoq terus siap-siap nak pi training school...
Mesej Azrin Tajul Ariffin@BOS tak berbalas...
Dah naik moto baru dia call balik..
"Ko ada kat mana?", Bos.

"Aku on the way nak pi MAS la", aku
"Aku dah balik ni, ko nak pi jap lagi call la cik Ani dulu sebab dia cakap nak keluar tadi", Bos.
"OK jap lagi aku call", aku.



Pi MAS nasib baik cik Ani ada lagi...
Borang CPV pulak habis...
Terpaksa la pi Air Mart photostat 4 keping...
Lepas isi suma siap terus gerak pi rumah BOB kat Subang Suria...
Plan mula-mula nak ikut Bob pi open house abg saudara Husna...






Bob plak tak sihat...
aku sorang jela gerak pi rumah Husna...
Lepak sat lepas tu pi akan kenduri dulu umah kawan kepada awek si Husna ni...
Kenyang la juga sebab memang dari pagi tadi aku tak makan apa-apa...
Lepas tu pi Shah Alam pulak...
Ni la open house abg saudara Husna punya...
Makan bihun sup dengan keropok lekor...
Bertambah kenyang lagi la aku hari ni...
Jimat duit...(",)














Lepas pi open house kami terus gerak pi Akuarium yang kat sebelah tasik(tak tasik apa)...
Meronda la sat dalam tu...
Ada banyak jugak la ikan kat situ...
Ikan pelik-pelik pon ada...
Yang tak boleh belah tu ada sekor spesis ikan ni nama dia ikan kucing berenang terbalik...
Lepas habis meronda terus gerak balik...

Bangun Awal Pagi Part 2

Lepas sembahyang subuh dok relax sat dalam crew room...
Tak pon main dat...
Dalam kul 7.30 pagi terus turun bawah dok lepak-lepak sebelum breafing pukul 8...
Lepas breafing pon lepak lagi sementara mendapat arahan dari technician...
Bila dapat ja arahan pa lagi, pi buat kerja la...
Dok kt KLIA ni kerja dia x macam kt Subang...
Just A check ja...
Minor repair ja...
Kalau kt Subang buat HMV@overhaul...
HMV ni suma benda nk kena bukak...
Sapa yang kena kat kargo tu paham-paham jela...
Baik kompem miang punya sebab main dengan fiber...
Morning break pukul 9.45 pagi, tapi 9.30 dah chow dah pi kafe...
Style aku makan pagi kira macam lunch la...
Jimat duit...
Waktu lunch boleh tidoq...(",)
Lepas smbahyang zohor sambung kerja balik...
Dalam pukul 4 lebeh break lagi walaupon dalam jadual betol punya tak wujud langsung break waktu petang ni...
Time ni la sembahyang Asar siap-siap...
Then, turun bawah merayau sat pastu sign out la bila jam dah pukul 5...
Jalan kaki lagi nak tunggu bas...
Bas mai pukul 5.20...
Sampai Subang dalam pukul 6.45...
Sampai rumah dah masuk Maghrib...







Sekian...