Sunday, January 27, 2013

JJCM Perak

24hb Januari 2013
Jam 12.00 tengah hari
Berkumpul dan menikmati brunch(breakfast+lunch) di Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi.
Jam 12.40 tengah hari
Mula bergerak menyelusuri Lebuhraya Elite menghala ke utara. Kemudian ikut Lebuhraya Guthrie untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Singgah sebentar di RnR untuk menunaikan solat jama' takdim.

Jam 5.00 petang
Sampai di Kuala Kangsar. Singgah sebentar di Pasar Tani Mega Kuala Kangsar. Laksa Kuala dan Pasembor menjadi santapan untuk memenuhkan perut. Tak berapa nak sedap Laksa kat situ. Mungkin tak kena hari.

Jam 7.15 malam
Sampai di rumah orang tua Pak Tam yang terletak di Kati, Kuala Kangsar. Rumah ini menjadi tempat persinggahan untuk bermalam.

Jam 8.00 malam
Bermulalah aktiviti BBQ yang dibuat tanpa dirancang. Sangat terbaik ayam yang diperap oleh abg Rastam. Lepas makan sembang-sembang kosong kemudian tidur.

25hb Januari 2013
Jam 08.30 pagi
Semua bergilir-gilir mandi kemudian menikmati sarapan yang disediakan oleh mak Pak Tam. Tak cukup sepinggan kalau makan. Mesti kena tambah punya.

Jam 10.45 pagi
Kemas beg masuk dalam kereta kemudian bergerak menuju ke air terjun berdekatan dengan rumah Pak Tam untuk menyegarkan badan.

Jam 1.00 tengah hari
Sampai di kedai berdekatan masjid untuk minum-minum. Lepas solat jumaat terus bergerak ke tempat makan terbaik iaitu Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang.

Jam 3.20 petang
Tiba di destinasi makan utama. Menu utama ialah mee udang. Perghhh memang terbaik. Udang memang besar dan segar. Rugi kalau yak cuba. Udang pon boleh tahan banyak. Tak cukup dengan udang yang ada di dalam mee tambah order mintak udang goreng tepung dengan masak kunyit.

Jam 5.30 petang
Selamat tiba di rumah bakal pengantin untuk menyaksikan upacara akad nikah sahabat kami Encik Nazeer di Batu Kurau. Inilah motif utama kami ke negeri Perak. JJCM hanyalah aktiviti sampingan yang wajib.

Jam 7.30 malam
Bergerak pulang menuju ke arah selatan. Berhenti sebentar di RnR Bukit Gantang untuk solat, memerut dan membeli buah-buahan.

Jam 10.30 malam
Singgah lagi si RnR Tapah untuk menikmati makan malam. Makan, makan dan makan lagi sampai pecah perut.

Jam 1.30 pagi
Selamat tiba di rumah sewaku Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi.
Sekian JJCM kali ini.


Berlatar Belakangkan Sungai Kuala Kangsar

Encik Nazeer dan pasangan

Kuew Teow Udang Mak Jah

Lepas akad nikah

Mee Udang Mak Jah

Trackking sebelum mandi-manda;

Muka kekenyangan

Friday, January 18, 2013

Manila

16hb Jan 2013
Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport jam 1.40 petang (MH802) ke Ninoy Aquino International Airport, Manila. Sampai sana lebih kurang dalam pukul 5.30 petang. Sangat bosan naik flight lama-lama ni. Mati kutu dibuatnya. First time pergi Manila ni. Walaupun jalan kt Manila banyak lane tapi tetap jammed bila waktu petang. Kereta bnyk sebab murah kot tak macam Malaysia. Kat sana ada public tranaport yang dikenali sebagai 'jeepny'. Jeep yg diubahsuai menjadi public transport. Tak sempat nak merasa naik jeepny sebab masa tak mengizinkan memandangkan pergi sana 1 malam saja. Malam di Manila tak pernah mati. Sentiasa ada kenderaan memenuhi jalan raya. Bas pon masih beroperasi waktu tengah malam sampai ke pagi. Nak cari makanan halal agak susah kt sana. Untuk kesenangan kena bawak bekalan makanan dari Malaysia la. Kat Manila aku tumpang bilik member yang posting kt Manila. So, jimat dah la kat situ sebab tak payah sewa hotel. Duduk kt Hotel Heritage pulak tu. Memang terbaiklah. Berdekatan dengan hotel tu ada pasar malam yang buka sampai ke pagi. Barang-barang kt situ agak murah jugak la. Tapi kualiti tak berapa bagus sangat. Nak beli kena pandai memilih la. Next day tu member bawak pergi Greenhill. Greenhila ni suasana dia lebih kurang macam kat Padang Besar la. Macam-macam ada jual kat sana. Rambang mata jugak la nak membeli belah kat situ. Berjam jugak la pusing-pusing dalam Greenhill tu. Habis shoppinhg balik hotel kemas barang-barang nak balik KL. Keluar dari hotel pukul 7 petang terus pergi airport. MH807 last flight dari Manila ke Kuala Lumpur. Nasib baik dapat kapal yg ada IFE. Sempat jugak layan filem Korea (Return to Base). Pukul 12.50 pagi sampai di KLIA.





Saturday, January 12, 2013

ASU OPS A FAMILY GATHERING

12hb Jan 2013
1230H
Berkumpul di pantai belakang Akar Resort untuk Lunch dan bermain layang-layang di pantai.
1400H
Check in di Bougainvilla Resort.
1530H
Masa bersantai. Main bola tampar, minum teh arab dan sembang-sembang.
1600H
Penggolek kambing datang untuk menggolek kambingnya.
1730H
Masa untuk bermandi manda di Pantai Purnama. Lepas pantai kolam pulak jadi mangsa.
1830H
BBQ bermula untuk makan malam. Ayam, sosej dan marshmallow dijadikan mangsa.
2000H
Acara kemuncak bermula. Kambing golek menjadi rebutan ahli-ahli majlis. Makan dua tiga ketul pon dah kenyang. Memang terbaiklah rasa kambing dengan ayam madu.
2300H
Lepas kenyang tibalah masa untuk memberi makan kepada ikan-ikan di laut dengan memancing. Timing tak berapa cantik. Ikan tak dapat tapi ketam yang dinaikkan.
23hb Jan 2013
0100H
Masa untuk bersantai lagi  dengan sembang-sembang di awal pagi. Ada yang terjun kolam.
0200H
Dah letih masuk bilik terus tidur dengan amanya.
0930H
Lepas sarapan tiba masa untuk terjun kolam lagi. Semua dah selesai kemas barang check out. Papai
Masa untuk makan

Masa untuk beriadah

Sampai ke destinasi

BBQ time

Hasilnya

Tuan punya kambing golek bersama dengan penggoleknya

Masa untuk bermain layang-layang

Wednesday, January 9, 2013

Inside the Cabin Boeing 737-800

Kalau naik flight MAS pastu dpt yg seat kaler merah ni sempoi. Ada In Flight Entertainment kt setiap seat, tak kira la business class atau ekonomi class. Short journey nak tngk movie boleh tapi bisu jela sebab ear phone tak disediakan utk flight dekat-dekat nih.
That it. Sekian.

Sunday, January 6, 2013

Nose Cowling

Disebabkan nose cowl ni berkilat rasa tertarik pulak nak tangkap gambar.


Saturday, January 5, 2013

Jersey Harimau Malaya For Sale

Tak mahai pon nak juai ni. RM40 sahaja tak termasuk kos POS. Nak mai Cash On Delivery (COD) pon boleh tapi area Nilai dan Sepang jelah. Yang tinggal long sleeve saiz XS dan X sahaja. Ni Gred AAA punya. Berminat sila call atau sms saya >KHALIS 0193721436<




Thursday, January 3, 2013

9M-MXE

MALAYSIA AIRLINES
9M-MXE
BOEING 737-800
NEW LIVERY
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Bekerja Ditahun 2013

Pejam celik dah masuk tahun baru. Umoq pon makin meningkat. Sebenaqnya tak rasa sangat dengan tahun baru ni sebab hari-hari mendatang seperti biasa ja. Disebabkan tahun baru aku selalu tersalah tulis tarikh dalam apa-apa dokumentasi. Hari dgn bulan betoi dah tapi tahun masih ikut tahun yg sebelumnya. Berhati-hati ketika memandu pen dan pensil anda.

Tuesday, January 1, 2013

Return

Laa...
tak tau la pulak android ada app untuk blogspot.
Bila dah tau terus rasa nak update blog yg dah berkurun tak penah cuci ni.
Nak share gambar terbaru la sikit.
Heee