Jam 12.00 tengah hari
Berkumpul dan menikmati brunch(breakfast+lunch) di Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi.
Jam 12.40 tengah hari
Mula bergerak menyelusuri Lebuhraya Elite menghala ke utara. Kemudian ikut Lebuhraya Guthrie untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Singgah sebentar di RnR untuk menunaikan solat jama' takdim.
Jam 5.00 petang
Sampai di Kuala Kangsar. Singgah sebentar di Pasar Tani Mega Kuala Kangsar. Laksa Kuala dan Pasembor menjadi santapan untuk memenuhkan perut. Tak berapa nak sedap Laksa kat situ. Mungkin tak kena hari.
Jam 7.15 malam
Sampai di rumah orang tua Pak Tam yang terletak di Kati, Kuala Kangsar. Rumah ini menjadi tempat persinggahan untuk bermalam.
Jam 8.00 malam
Bermulalah aktiviti BBQ yang dibuat tanpa dirancang. Sangat terbaik ayam yang diperap oleh abg Rastam. Lepas makan sembang-sembang kosong kemudian tidur.
25hb Januari 2013
Jam 08.30 pagi
Semua bergilir-gilir mandi kemudian menikmati sarapan yang disediakan oleh mak Pak Tam. Tak cukup sepinggan kalau makan. Mesti kena tambah punya.
Jam 10.45 pagi
Kemas beg masuk dalam kereta kemudian bergerak menuju ke air terjun berdekatan dengan rumah Pak Tam untuk menyegarkan badan.
Jam 1.00 tengah hari
Sampai di kedai berdekatan masjid untuk minum-minum. Lepas solat jumaat terus bergerak ke tempat makan terbaik iaitu Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang.
Jam 3.20 petang
Tiba di destinasi makan utama. Menu utama ialah mee udang. Perghhh memang terbaik. Udang memang besar dan segar. Rugi kalau yak cuba. Udang pon boleh tahan banyak. Tak cukup dengan udang yang ada di dalam mee tambah order mintak udang goreng tepung dengan masak kunyit.
Jam 5.30 petang
Selamat tiba di rumah bakal pengantin untuk menyaksikan upacara akad nikah sahabat kami Encik Nazeer di Batu Kurau. Inilah motif utama kami ke negeri Perak. JJCM hanyalah aktiviti sampingan yang wajib.
Jam 7.30 malam
Bergerak pulang menuju ke arah selatan. Berhenti sebentar di RnR Bukit Gantang untuk solat, memerut dan membeli buah-buahan.
Jam 10.30 malam
Singgah lagi si RnR Tapah untuk menikmati makan malam. Makan, makan dan makan lagi sampai pecah perut.
Jam 1.30 pagi
Selamat tiba di rumah sewaku Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi.
Sekian JJCM kali ini.
Berlatar Belakangkan Sungai Kuala Kangsar
Encik Nazeer dan pasangan
Kuew Teow Udang Mak Jah
Lepas akad nikah
Mee Udang Mak Jah
Trackking sebelum mandi-manda;
Muka kekenyangan