Friday, January 18, 2013

Manila

16hb Jan 2013
Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport jam 1.40 petang (MH802) ke Ninoy Aquino International Airport, Manila. Sampai sana lebih kurang dalam pukul 5.30 petang. Sangat bosan naik flight lama-lama ni. Mati kutu dibuatnya. First time pergi Manila ni. Walaupun jalan kt Manila banyak lane tapi tetap jammed bila waktu petang. Kereta bnyk sebab murah kot tak macam Malaysia. Kat sana ada public tranaport yang dikenali sebagai 'jeepny'. Jeep yg diubahsuai menjadi public transport. Tak sempat nak merasa naik jeepny sebab masa tak mengizinkan memandangkan pergi sana 1 malam saja. Malam di Manila tak pernah mati. Sentiasa ada kenderaan memenuhi jalan raya. Bas pon masih beroperasi waktu tengah malam sampai ke pagi. Nak cari makanan halal agak susah kt sana. Untuk kesenangan kena bawak bekalan makanan dari Malaysia la. Kat Manila aku tumpang bilik member yang posting kt Manila. So, jimat dah la kat situ sebab tak payah sewa hotel. Duduk kt Hotel Heritage pulak tu. Memang terbaiklah. Berdekatan dengan hotel tu ada pasar malam yang buka sampai ke pagi. Barang-barang kt situ agak murah jugak la. Tapi kualiti tak berapa bagus sangat. Nak beli kena pandai memilih la. Next day tu member bawak pergi Greenhill. Greenhila ni suasana dia lebih kurang macam kat Padang Besar la. Macam-macam ada jual kat sana. Rambang mata jugak la nak membeli belah kat situ. Berjam jugak la pusing-pusing dalam Greenhill tu. Habis shoppinhg balik hotel kemas barang-barang nak balik KL. Keluar dari hotel pukul 7 petang terus pergi airport. MH807 last flight dari Manila ke Kuala Lumpur. Nasib baik dapat kapal yg ada IFE. Sempat jugak layan filem Korea (Return to Base). Pukul 12.50 pagi sampai di KLIA.





No comments:

Post a Comment