Saturday, November 27, 2010

Berehat Sementara

Untuk pengetahuan anda semua aku akan berpidah ke rumah baru atas tuntutan kerja...
So, internet tak ada lagi kat rumah baru...
Dalam proses nak pasang tapi tak tau bila lagi...
Nak berblog susah la bila dah tak dak internet kan...
Entri baru pon tak dak sebab sibuk menguruskan apa yang patut sebelum berpindah esok...
Insyaallah blog ni akan kembali akif seperti sedia kala dalam masa sebulan lagi...
Harap maaf semua atas salah silap dan keterlanjuran kata...
Jumpa lagi next time...

Monday, November 22, 2010

Darah Jeni "O" Lebih Berisiko Hidap Taun???



Memandangkan sejak kebelakangan ni ramai yang dah meninggal dunia sebab penyakit taun, so tergerakla hati nak buat research sikit pasai taun ni...
Agak terkejut jugakla bila baca kat Wikipedia version Bahasa Melayu yang mengatakan Mereka dengan darah jenis O paling mudah dijangkiti. Mereka dengan darah jenis AB paling tahan, hampir kebal. Antara kedua melampau terdapat jenis darah A dan B, dengan jenis A lebih tahan berbanding jenis B...
Sapa-sapa yang berdarah O tu berhati-hati la noh...
Darah aku jenis B, bahaya jugak tu...
Minumlah air yang bertapis atau yang dah dimasak...
Jangan suka-suka hati minum air paip...
Jaga kebersihan kawasan sekitar anda...
Untuk tau lebih mendalam lagi pasai Taun klik sini...

Tuesday, November 16, 2010

Berkorban Apa Saja


Memandang esok adalah hari Raya Aidiladha, aku nak mengucapkan selamat menyambut Aidiladha bagi semua muslimin dan muslimat...
Kepada sesiapa yang nak pulang ke kampung halaman tu semoga selamat sampai...
Yang dah ada kat rumah tu ringan-ringankanlah tulang anda untuk membuat apa yang patut...
Jom kita sama-sama tengok lembu-lembu dan haiwan sewaktu denganya yang akan dikorbankan esok...
Aku cuti sampai hari ahad minggu depan...
So, bila dah balik kampung ni nak update blog tersangatlah malas walaupun ada internet...
Nak peram cerita-cerita best sampai minggu depan...
Ok, see u next time...

Friday, November 12, 2010

Design Baru Pesawat MAS

 design baru

Sebagai salah seorang warga MAS aku nak kongsi juga pasai syarikat ni...
Baru-baru ni MAS telah menerima pesawat Boeing 737-800 yang pertama...
Apa yang menarik bagi aku kat pesawat ni adalah design barunya...
Kalau nak dibandingkan dengan design lama dengan yang baru ni, aku lebih suka yang baru...
design lama

Nampak lebih elegan dan mempersonakan...
Untuk pengetahuan anda semua, MAS telah menempah 55 buah pesawat jenis ni...
Kelebihan pesawat 737-800 jika nak dibandingkan dengan 737-400 yang MAS tengah guna la ni memang banyak...
Salah satunya pesawat baru ni dilengkapi dengan rekabentuk hiasan dalaman terbaru, Sky Interior...


 Sky Interior adalah rekabentuk dalaman yang bertemakan langit biru sama seperti yang digunakan dalam kapal terbang Boeing 787 Dreamliner...

Junior Sekolah Aku Meninggal Dunia

Syazwan Azizan telah selamat kembali ke rahmatullah...
Pagi tadi aku dapat sms macam ni "Assalamualaikum..Wan Jan meninggal dunia eksiden pagi tadi"...
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Marilah kita sedekah kan al-Fatihah kepada arwah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman...
Lepas ni sapa pulak kita pon tak tahu...
Sama-samalah kita persiapkan diri untuk menemui Yang Maha Pencipta...
Untuk berita penuh klik sini

Malaysia Nak Beli Kereta Perisai Made in Indon???


Malaysia & Indonesia ni dok berjiran ja...
Rakyat Indon dengan Malaysia macam tak berapa nak ngam sebab timbul ketidakpuasan hati pihak tertentu dalam pelbagai isu...
Malas la aku nak tulis pasai isu-isu yang membabitkan dua negara ni...
Apa yang aku tertarik baca Kosmo Online tadi ada satu berita yang mengatkan Malaysia mempertimbangkan untuk membeli kereta perisai buatan Indonesia...
Hebat jugak kan Indonesia ni sebab ada teknologi nak buat kereta perisai ni...
Silap hari bulan, kapal angkasa pon depa nak buat jugak...
Malaysia dah ada kereta perisai buatan sendiri ke tak?...
Coming soon la kot...
Kita sebagai rakyat Malaysia patut fikirkan cara untuk memajukan negara kita ni...
Nak baca berita pasai kereta perisai ni klik sini

Wednesday, November 10, 2010

Nazar Botak Kepala

Tak dapat la aku nak online  23 hari lepas...
Ni gara-gara streamyx la...
Apa masalah pon aku  tak tau...
Tak dapat nak jenguk-jenguk blog orang lain...
Nak buat macam mana kan...
By the way, aku nak ucap tahniah kat kawan-kawan aku TJT Batch 105 & 106 yang telah lulus exam proficiency...
Syukur Ahadulillah sebab aku pon salah seorang daripadanya..(",)
Kepada TJT 107 selamat berjaya untuk exam proficiency yang akan datang...
Disebabkan dah lulus exam proficiency ni ada la kawan-kawan kau yang bernazar...
Sapa yang bernazar tu cepat-cepat la tunaikan ye...
Aku bernazar ke tak ek?...(",)
Ada yang bernazar botak, nak puasa, nak buat kenduri selamat dan macam-macam la...
Ni salah seorang yang bernazar nak botakkan kepala...


 licin sudah...


Selamat bertransformasi ke alam pekerjaan...


Sunday, November 7, 2010

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?


Bila boring-boring ni mula la gatai tangan nak pi melilau kat blog orang...
Tetiba nampak ada satu blog buat entri yang cam best ja...
Aku apa lagi, nak tau jugak kan apa faedah dia...
Tunggu lagi, terus buat la bila faedahnya cukup mantop...
Layan...

Bawal Power

Menu dinner hari ni 'Bawal Power'...
Memang power sampai lincin pinggan...
Cuba sekali mesti mau lagi...
Rugi sapa tak try...
Bob kumpulan kutu salah seorang share holder Bawal Power ni...
Dia selalu ada kat situ...
Masa aku makan tadi pon dia ada kat situ...
Selamat mencuba ya kawan-kawan...






p/s: nak tau lebih lanjut klik kat sini (Bawal Power)

Saturday, November 6, 2010

Menggerunkan



Tadi masa keluar rumah nak pi gunting rambut aku rasa pelik sikit...
Awat ramai pula manusia depan pintu rumah aku ni?...
Dengan tenang aku turun sambil senyum-senyum kambing...
Bila sampai ja bawah aku jadi lagi pelik...
Awat ada kereta waja polis dan beberapa orang anggota pakaian seragam tu buat kat bawah ni?...
Tanpa segan silu aku tanya brader yang baru turun tangga...

Aku: ada apa kat atas tu?
Brader: Rumah sebelah ko tu ada orang buat packing dadah.
Aku: huish!!
Brader: ko dok sebelah pon tak tau.
Aku: 'geleng-gelang kepala'.

Gila siot ada orang buat packing dadah sebelah rumah aku dok selama ni...
Ada juga sekali aku nampak cina keluar dari rumah tu...
Siap senyum-senyum lagi...
Ada udang disebalik batu rupanya...
Patut la aku tengok pintu rumah sebelah  tutak tutup dari semalam...
Siap tombol pintu dah tak ada...
Ni la masalah dok apartment...
Jiran sebelah pon tak kenal sebab tak penah nak bertegur sapa termasuklah aku...(",)

p/s: tegur-tegur la jiran anda dan berhati-hati dengan jiran anda...

Friday, November 5, 2010

Window or Aisle?


Benda alah ni akan timbul bila kita naik kenderaan awam sama ada bas, keretapi, kapal terbang dan sewaktu dengannya...
Mana satu pilihan hampa?...
Aku lebih suka pilih window dari aisle...
Lain la kalau terpaksa duduk kat aisle tu...
Tapi jika ada seat kosong kat window memang situ la aku duduk...
Sebab munasabab aku suka pilih window ni sebab aku rasa tak puas kalau tak boleh tengok ke luar tingkap...
Nak jugak tengok kawasan sekeliling bila dok lam bas, keretapi & kapal terbang...
Boleh la cam jalan yang kita lalu tu...
Dok dalam kapal terbang jagan harap la nak cam jalan sebab tak dak jalan@highway pon kat atas sana..
Sekadar tengok pemandangan kat bawah jela...
Tak pun tengok pergerakkan kat sayap kapal terbang tu...(",)


So, pilihlah tempat duduk ikut keselesaan anda...
Sapa yang suka pilih window tu jangan dok sekali dengan aku ya...
Nanti berebut pulak...(",)

Thursday, November 4, 2010

Cerita Sebenar Wong Fei Hung


Just nak berkongsi dengan semua...
Di dalam filem Once Upon A Time in China watak Wong Fei Hung di lakonkonan oleh Jet Lee...
Hebat kan Islam ni...
Di 'copy' dari blog Al-Alorstari...

Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.


Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.


Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).


(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong. 


Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.


Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. 


Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). 


Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.


Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.


Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .


Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan

juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun

dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.



Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah

kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.


(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sedia ada di China).

( Petikan dari Blog Negara Kedah )

Tuesday, November 2, 2010

Mek

Atas permintaan seorang budak ni terpaksa aku ceritakan jugak pasai si Mek ni...
Sapa-sapa yang baca entri sebelum ni mesti tau sikit pasai Mek ni...
For your information, Mek ni adalah seekor lembu...
Sebab apa panggil lembu ni Mek?..
Yang seekor lagi nama Awang tu sebab dia jantan kan?...
Mek ni pulak mesti la sebab lembu ni berjantina betina la...
Sorry la sebab ingat sikit-sikit ja pasai sejarah Mek ni...
Kalau pasai Awang tu ada gambaq, tapi Mek ni xda gambaq langsung...
Nak tangkap gambaq pon tak tau Mek dok mana la ni...
Apa yang aku ingat mak kepada si Mek ni jatuh gaung...
Mak si Mek ni patah kaki sebab gaung tu tinggi sangat...
Al-maklumlah kawasan Felda Gunung Bongsu kan berbukit bukau...
Nama pon gunung kan...(",)
Lembu ni bila dah patah kaki susah sikit la sebab dia nak makan susah...
Bila dah susah nak makan tu mesti la akan mati kan...
Keputusan bijak dibuat dengan menyembelih lembu tu...
Sapa sembelih lembu tu?...
Mestila abah aku...
Kesian kat Mek sebab sudah tak beremak...
Kecik lagi Mek masa tu...
Maybe baru seminggu dua kot umoq dia masa tu...
Bermula dari sini la Awang mendapat adik yang diberi nama Mek...
Masa tu Awang dah besaq sikit...
Tengok Awang masa tu macam happy ja sebab dah berteman...
Bila Mek minum susu, Awang pon nak jugak...
Best ja tengok depa dua minum susu guna botol...
Mak aku la yang selalu bagi Awang dengan Mek ni minum susu...
Lepas Mek besaq sikit dia dah pandai bergaul dengan kawanan lembu lain...
So, kena la lepas Mek ikut kawanan lembu-lembu tu...
Mesti ada yang tertanya-tanya sebab apa tak lepas Awang sekali?...
Awang tak dilepaskan sekali sebab kawanan lembu tak suka Awang sebab dia jantan...
Lembu-lembu ni pon gatai jugak, bukan manusia ja...(",)
Mek hidup normal sebagai seekor lembu...
Awang ja yang terpaksa bertali leher lagi...
Nati bila-bila aku nampak Mek aku tangkap gambaq...
Kenal lagi ka aku dengan Mek?...
Tak pa, mesti abah aku ingat...
Semoga lembu-lembu ni hidup bahagia...

Monday, November 1, 2010

Amir Hussaini & Fiza

3 LC, 2 Wave Honda 125S, 1 Honda Wave 100, 1 Yamaha SS, 1 Yamaha Lagenda telah bergabung dalam satu kumpulan semalam (Ahad, 31 Oktober 2010)..
Apa yang kami buat?..
Semestinya berkonvoi ke Felda Jelai 3, Negeri Sembilan untuk menghadiri kenduri perkahwinan Amir&Fiza iaitu kakak kepada Sepul...
Lebih kurang 0800H kami bertolak dari Apartment Merak...
Masa ni cuma ada 2 LC, 1 Lagenda, 1 Wave 125s...
1 Yamaha SS tunggu dekat Shell Subang Permai...
Lepas pakat isi minyak full tank kami terus bergerak menuju ke perhentian seterusnya...
Kami berhenti sekejap di R&R Dengkil...
Di Dengkil sebiji lagi motor follow ride kami iaitu Wave 100...
Lepas tu kami pon meneruskan ride ke perhentian seterusnya iaitu R&R Seremban...
Dekat sini 1 Yamaha LC menanti untuk berkonvoi bersama-sama...
Semua sekali motorsikal yang ada dalam konvoi ni 8 biji...
Rider-rider konvoi:- 
Wave 125s- Aku, Abe
Wave 100- Amli
Yamaha SS- Paan&Azha(co-pilot)
Lagenda- Amin

Jauh jugak nak pi Jelai ni...
Di sebabkan tak dak seorang pon yang penah pi umah sahabat kami Saiful Misran...
Nasib la tak sesat sebab kami ikut petua yang sepul bagi...
Bila rasa nak sesat kami berenti call dia tanya jalan...
Perjalanan kami menjadi sangat lama sebab banyak berhenti...
Kalau ikutkan 3 jam dah sampai ke destinasi yang dituju...
Tapi alhamdulillah kami selamat sampai dan pulang...
Kami sampai rumah kenduri lebih kuang pukul 1 petang...
Sampai-sampai terus pi makan sebab lapaq sangat...
Macam-macam jenis lauk ada...
Lepas makan lepak sat then pi salam-salam dengan tuan rumah...
Kami dapat goodie beg+bekal nasi...
Pi Masjid rehat-rehat, sembahyang, tidoq dulu sebelum bertolak balik...
Dalam pukul 3.40 petang kami bersiap-siap kembali ke rumah masing-masing...
Perjalanan pulang tak macam masa nak pi...
Lebih cepat dan lancar la...
Pukul 6 petang lebih kami telah selamat sampai...
Disebabkan perjalanan jauh, perut pon lapar kembali...
Bekalan yang diberi menjadi juadah pengeyang perut...
Tamat sudah konvoi kami...













Friday, October 29, 2010

Awang

Tanggal 15 Februari 2007
Pada tarikh ini kejadian yang tak disangka telah terjadi...
Sekumpulan lembu telah mati di panah petir...
5 orang pemegang share pojek lembu Fidlot Felda Gunung Bongsu telah mengalami kerugian yang besar...
Salah seorang pemegang share tu adalah abah aku sendiri...
Nak buat macam mana benda dah terjadi...
Ingat lagi aku masa tu...
Pagi-pagi lagi ada orang mai rumah dan bagitau yang ada lembu kena panah kilat...
Abah aku pon apa lagi, terus pi tengok la...
Rupa-rupa lembu yang depa jugak...
Malas la nak cerita panjang-panjang pasai lembu yang kena panah kilat ni...
Apa yang aku nak cerita ni ada jugak kaitan dengan lembu yang kena panah kilat ni...
Dalam banyak-banyak lembu yang kena panah kilat tu ada seekor ibu lembu yang baru meahirkan anak...
Nak dijadikan cerita, ibu lembu tu mati kena panah kilat tapi anak dia tak mati la pulak...
Kesian betol kat anak lembu tu...
Harapan nak tengok anak lembu tu terus hidup memang tinggi...
Abah aku apa lagi, bawak balik rumah la...
Anak lembu ni diberi nama Awang sebab anak lembu ni jantan...
Tiap-tiap hari Awang diberi minum susu menggunakan botol susu baby...
Best ja tengok dia minum susu...
Disebabkan Awang tidak minum susu ibunya sendiri, dia terbantut sebab tak dapat zat yang secukupnya...
Tengok bentuk badan Awang sekarang ni macam baru setahun ja...
Padahal umur Awang dah mencecah  tahun lebih...
Dah boleh nak buat Qurban pon...
Kalau aku balik kampung mesti kena pi tambat lembu bagi makan rumput...
Best jugak sebab dok kat bandar mana ada lembu macam kat kampung...
Dulu Awang ada teman (lembu betina) yang di beri nama Mek...


Tunggukan versi Mek pulak...









Thursday, October 28, 2010

Rukun Islam Ke-5?

Jawapanya ialah mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan dari segi kesihatan serta kewangan...
So, kepada sapa-sapa yang dah cukup syarat tu pi la daftar nama kat tabung haji cepat-cepat...
Aku dok cerita pasai Haji ni sebab tadi aku pi teman kawan aku (Khairani) jumpa ayah dengan mak dia kat Komplek Tabung Haji Kelana Jaya...
Balik dari kerja tadi terus pi Kelana Jaya...
Ramai betul orang kat sana tadi...
Lama juga la dok kat sana...
Ada kot dalam 5 jam lebih...
29.10.2010 , dalam pukul 5 pagi lebih ayah dengan mak khai akan bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu Haji...
Semoga selamat pergi dan pulang...
Amin







Monday, October 25, 2010

Proficiency Test

Minggu ni tak perlu bangun awai macam minggu-minggu lepas...
Nak tau sebab apa?...
Mesti la sebab proficiency test punya pasai...
Kami dibenarkan ambik study leave...
Study leave ni bukan macam leave biasa...
Nama ja leave tapi kena pi jugak MAS...
Kelebihan dia cuma tak payah turun kerja kat Hangar la...
Just dok dalam study room dan study atau buat la apa-apa yang patut...(",)
Khamis ni TJT 105, TJT 106 & TJT 107 akan ambik proficiency test...
Ada lagi dua hari nak exam ni...
Prepare pon ala kadar ja...
Harap-harap soalan tak la susah sangat...
Apa-apa pon usaha dulu kemudian tawakkal...
Mudah-mudahan kami dapat jawab exam dengan tenang...
Amin...











Sunday, October 24, 2010

Majlis Bacaan Yassin

Tak sia-sia la aku aku balik kampung minggu ni...
Tujuaan sebenaq aku balik sebab nak pi melawat Fatihi yang eksiden hari tu...
Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik...
Semoga dia cepat sembuh seperti sedia kala... 
Amin...
Semalam 24hb Oktober 2010, bersamaan 16 Zulkaedah 1432 rumah aku ada buat majlis bacaan Yassin...
Orang-orang yang berdekatan ja yang mai...
Lepas baca Yassin ada la makan-makan sikit...
Jangan salah niat pi baca Yassin nak makan sudah la...(",)
Benda apa yang kita buat mesti niat LILLAHITA'LA...
Insyallah dapat ganjaran dari Allah...
Nak cerita bab makan pulak...
Selalunya ketupat orang buat waktu bila?..
Mestila bila hari raya kan...
Tapi semalam tak raya pon ada ketupat jugak...
Selain ketupat ada bihun sup, nasi himpit dan etc...
Aku pon tak makan banyak...
Al maklumlah tank tak besaq...(",)
Wassalam...