Friday, March 18, 2011

Habuk & Sawang

Lama betoi tak buka blog ni...
Nak update susah sebab tak dak internet kat rumah...
Ni pon curi-curi bukan setelah hampir 4 bulan tak post...
Apa boleh buat..
zazzz

Saturday, November 27, 2010

Berehat Sementara

Untuk pengetahuan anda semua aku akan berpidah ke rumah baru atas tuntutan kerja...
So, internet tak ada lagi kat rumah baru...
Dalam proses nak pasang tapi tak tau bila lagi...
Nak berblog susah la bila dah tak dak internet kan...
Entri baru pon tak dak sebab sibuk menguruskan apa yang patut sebelum berpindah esok...
Insyaallah blog ni akan kembali akif seperti sedia kala dalam masa sebulan lagi...
Harap maaf semua atas salah silap dan keterlanjuran kata...
Jumpa lagi next time...

Monday, November 22, 2010

Darah Jeni "O" Lebih Berisiko Hidap Taun???



Memandangkan sejak kebelakangan ni ramai yang dah meninggal dunia sebab penyakit taun, so tergerakla hati nak buat research sikit pasai taun ni...
Agak terkejut jugakla bila baca kat Wikipedia version Bahasa Melayu yang mengatakan Mereka dengan darah jenis O paling mudah dijangkiti. Mereka dengan darah jenis AB paling tahan, hampir kebal. Antara kedua melampau terdapat jenis darah A dan B, dengan jenis A lebih tahan berbanding jenis B...
Sapa-sapa yang berdarah O tu berhati-hati la noh...
Darah aku jenis B, bahaya jugak tu...
Minumlah air yang bertapis atau yang dah dimasak...
Jangan suka-suka hati minum air paip...
Jaga kebersihan kawasan sekitar anda...
Untuk tau lebih mendalam lagi pasai Taun klik sini...